Monday, May 17, 2010



First time kerja-Lori Mayat
Sebaik mata dibuka pandangan agak kabur sedikit dan dari jauh teman perhati orang berpakaian putih bercakap cakap sesama sendiri.Kemudian seorang lelaki berbaju putih menghampiri teman lalu membelek belek badan teman.Diterbalikkan badan teman dan dia pun membelek belek sesuatu.Katanya,’Awak boleh balik.Ok OK,awak boleh balik’.Teman rasa hairan mengapa orang itu menyuruh teman balik.Teman cuba mengingati sesuatu .
Barulah teman teringat bahawa ada seorang driver yang dipinjamkan dari FAMA Kelantan untuk bertugas di Kilang ini bernama Rashid.Rashid ni memang terkenal dengan cara dia memandu lori dengan agak laju.Pantang nampak selekoh tajam terus lipat lebih2 lagi kalau lori tu tanpa muatan.Satu lagi perangai Rashid ni,pantang dicabar,kalau dicabar suruh bawa lori laju laju,dia akan buat.Bila lori tu sudah laju,budak2 buruh yang ikut lori akan memuji kehebatan Rashid.”Laju lagi bang!,potong bang,potong bang!” Haah! Lipat bang! Lipat bang!”Jerit budak2 buruh yang ikut lori Rashid.
Suatu hari,seperti biasa team teman akan membuat belian buah kopi di Kg Bkt. Bangkong,Sg.Pelek.Satu team yang lain ikut serta tetapi berlainan tempat.Team teman termasuk 2 org kerani sementara,2 org buruh.Oleh kerana ada 2 team ikut sekali,maka kami terpaksalah naik lori mayat yang dipandu oleh Rashid kerana lori yang besar boleh memuatkan ramai penumpang dan buah kopi.
Pagi itu,dari jauh kelihatan Rashid sibuk memeriksa keadaan lori mayat,mula mula periksa minyak hitam,air dan tayar.Bila semuanya sudah OK,Rashid pun naik dalam lori dan mula menghidupkan enjin lori.Sesekali Rashid ramp enjin mengakibatkan asap hitam keluar dengan banyaknya.Bunyinya yang agak bingit tu membuat semua pekerja kilang yang berada di luar mengalih pandangan ke arah lori mayat itu.Rashid membiarkan enjin itu hidup buat seketika untuk mendapatkan penalaan yang optimum.
Dalam pejabat beberapa orang pegawai termasuk teman sibuk menyiapkan dokumen2 kewangan seperti invois belian,nota timbangan,buku belian dan sejumlah wang tunai sebanyak RM10,000 untuk belian tunai semasa di pusat belian itu nanti.Dengan wang RM10,000 itu cukup bagi membeli lebih kurang 25mt buah kopi.Wang yang dibawa ketika itu tiada perlindungan insurans dan kawalan keselamatan.Andaikata ada team kena samun,tak tahu lah macam mana nak buat.Kira nasib je la.Selama yang teman kerja belum pernah berlaku perkara yang buruk.
Jam 10.00pg.kedua dua team seramai 10 orang itu yang sudah siap dengan peralatan untuk buat belian mencari tempat untuk naik ke atas ‘lori mayat’. Seorang pegawai(Nasharuddin)duduk di hadapan sebelah driver,manakala selebihnya kenalah duduk di belakang lori.Masing2 ada yang berdiri dan ada yang duduk.Rashid yang sejak awal lagi sudah bersedia untuk berlepas ke destinasi mula masuk gear dan terus meredah jalan menghala ke Kg Bkt Bangkong yang jauhnya kira2 45km.Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 50minit ini agak menjemukan memungkin kami untuk tidur dalam lori dengan beralaskan guni kosong.Hanya 4 orang buruh sahaja yang tidak tidur.Rashid terus memecut lori.Jalan yang lurus menyusuri pantai lagi memudahkan Rashid untuk memecut lebih laju lagi.Rasa rasanya meter sudah mencecah 70mph.Sesekali Rashid menoleh ke belakang melalui tingkap kecil di belakangnya.Setiap kali Rashid menoleh ke belakang budak2 buruh yang berumur awal 20an itu membalas dengan menunjukkan ibu jari ‘very good’.Apalagi Si Rashid terus memecut lagi laju,maklumlah lori kosong sememangnya boleh lari lagi laju.
Teman yang sejak tadi terbaring dalam lori bukanlah dapat tidur nyenyak,cuma dapat lelapkan mata barang 4- 5minit saja.Mata masih pejam lagi ,dalam kepala masih terawang awang mengingati sesuatu,tak terfikir langsung apa akan terjadi selepas ini.Dah hampir setengah jam Rashid meredah jalan dan sudah melepasi Batu Laut dan Tg Sepat.Dalam masa 15minit saja lagi sampailah ke destinasi.
Dalam masa mata terkebil kebil,tak tahu di kawasan mana lori sudah berada,tiba tiba GEDEGANG! GEDEGANG! GEDEGANG! BEDEBUSSH! Senyap seketika…………..
Rupa rupanya lori yang teman naik tadi terbabas! Sebelum terbabas,ada saksi yang melihat,lori itu terbalik dan berpusing sebanyak 3 kali.Yang peliknya kesemua yang menaiki lori tersebut didapati selamat kecuali seorang kerani (Suroso) terpaksa ditahan di wad hospital Banting kerana ada masalah dada yang sakit akibat kena hentakan yang kuat semasa kemalangan.Beliau akhirnya keluar dari hospital setelah dirawat selama seminggu. Teman pun rasa bersyukur teramat sangat kerana terselamat dari bencana itu.Kawan kawan dan pekerja pekerja lain berasa kagum melihatkan kami terselamat dan tidak mengalami kecederaan yang serius.Dan juga bersyukur kerana wang belian yang kami bawa bernilai RM20,000 telah selamat dibawa balik ke pejabat pada hari kejadian.
Esok pagi sosek sosek kedengaran di Kilang.,’Hah itulah korang! Korang suka gelarkan lori tu ‘lori mayat’,’Tengok,sekarang apa dah jadi,nasib baik semua selamat,kalau tidak ..’
Sebelum kejadian malang ini berlaku, di Kilang Memproses Kopi ini terdapat 3 buah lori,2 lori muatan 1 ton jenis Daihatsu dan 1 lori muatan 3 ton jenis Leyland(lori omputih).Lori Leyland ni kalau duduk depan memang panas sebab enjinnya berada betul2 di tengah antara tempat duduk penumpang dan pemandu.Dahlah tiada air cond masa tu,rupanya nampak hodoh sikit seakan akan kereta jenazah cina. Jadi budak budak Kilang gelarkan “Lori Mayat”.Maka senanglah sikit bila masa nak keluar buat belian akan keluar pertanyaan”Naik lori mana?”jawabnya,”Lori mayat,lori mayat.”

First time kerja-Nasi Ambeng
Bila dah berada di Banting ni yang rata rata penduduknya berketurunan jawa kena teman belajar sedikit sebanyak cara hidup deme.Orang2 jawa teman kenal rata2nya mempunyai sifat peramah,rajin bekerja,suka tolong menolong.Jika dilihat perkampongannya di hadapan dan belakang rumah mereka dipenuhi dengan tanaman pertanian samaada untuk mendatangkan hasil ekonomi ataupun untuk kegunaan sendiri. Selain tanaman yang ada di sekeliling rumah,juga mempunyai kebun2 seperti kelapa sawit,getah,koko,kelapa,kopi dan sayur2an.Inilah sesuatu teman rasa kagum dengan semangat kental orang2 jawa membina kehidupan secara bertani yang tidak ada di kampong sendiri.Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan 90% sumber pendapatan masyarakat jawa di sini adalah dari hasil pertanian.
Kalau bab mengadakan kenduri kahwin masyarakat jawa yang tinggal di perkampongan bersatu hati mengadakan gotong royong dari permulaan hinggalah ke akhirnya.Satu lagi yang jarang atau tak pernah teman temui,mungkin di negeri lain sudah wujud,acara jamuan makan kenduri diadakan mulai tengahari berlarutan hingga ke malam.Kita tak perlu bimbang jika kita datang pada sebelah malam kerana makanan yang dihidangkan itu sentiasa panas dan segar.Lauk pauknya lebih kurang sama seperti di kebanyakan kampong dan negeri2 lain.
Bila dah tinggal bersama orang orang kampong,setiap jemputan kenduri tahlil,doa selamat, rasa tak sedap jika tidak hadir.Sekali lagi teman terperanjat setelah pak imam selesai membaca doa,maka tuan rumah akan menghamparkan dulang yang berisi makanan.Itulah Nasi Ambeng.Setiap satu set dulang yang dialas dengan daun pisang mengandungi nasi,lauk pauk seperti ayam,daging,sayur pecal,gorengan kacang dan ikan bilis.Air minuman hanyalah air sirap suam.Satu dulang yang penuh dengan makanan itu kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut bilangan orang dalam satu group.Biasanya 4 orang.Setelah dibahagikan 4 ianya dibungkus dan dibawa balik oleh hadirin.Dalam bahasa jawa bungkusan makanan yang dibawa balik disebut “berkat”.
Disesetengah tempat Nasi Ambeng boleh juga dimakan selepas majlis di rumah tuanrumah.Empat atau lima orang makan bersama mengelilingi dulang nasi ambeng merupakan symbol ikatan persaudaraan masyarakat jawa.
Satu kelebihan hidangan nasi ambeng ialah tuan rumah tidak perlu menyediakan pelbagai jenis pinggan mangkuk
Satu hari teman pergi ke majlis kenduri tahlil dan doa selamat di kampong Sg.Buah yang rata ratanya penduduk jawanya masih berpegang kuat dengan adat “Nasi Ambeng”.Balik je rumah kawan teman pun tegur “Dapat berkat tak?”Oleh kerana terlalu lurus bendul dengan makna sebenar “berkat” itu,teman pun jawab, ”mudah2an,InsyaAllah.” Kawan teman pun rasa pelik kenapa teman bagi jawapan “mudah2an,InsyaAllah.” Tak berapa lama tu kawan teman pun ketawa sendirian.Lagi pelik! Teman rasa apa yang ditanya oleh kawan teman tu sudah betul jawapan yang diberi,rupa rupanya tidak.Kawan teman pun beritahu “Berkat sebenarnya bungkusan makanan yang diberi oleh tuan rumah semasa kenduri tadi.” Astaghfirullah! Barulah teman tahu.Inilah jadinya kalau tak belajar bahasa jawa.
Teman rasa ada beberapa jenis makanan yang begitu popular di kalangan masyarakat jawa seperti tempe yang bukan sahaja dimakan bersama nasi,bahkan dihidangkan sebagai makanan ringan di restoran dan warung2.Bentuknya leper dan panjang antara 5”-6” digoreng rangup bersama rempahnya lalu dicicah bersama sosnya.Alangkah enaknya sehingga mak mertua lalu di belakang pun tak perasan.
First time kerja-Jalok Ambong
Salah satu benda yang harus teman belajar ialah bahasa jawa.Adalah sikit bahasa2 jawa yang teman belajar dulu tapi sekarang banyak dah lupa.Bila berada bersama orang orang jawa ini,kalau tak tahu maknanya mati kayulah jadinya teman.Ada beberapa sebutan bahasanya,suaranya di kerongkong macam cerita P.Ramlee dalam Pendekar Bujang Lapok. Sebutan “Bonggo” oleh Pendekar Mustar.”Bukan di sini…,sini.sambil menunjuk ke kerongkong “Bonggo.”Beberapa istilah jawa berbeza di antara satu tempat dengan lain kerana istilah2nya berbeza mengikut kumpulan jawa seperti jawa pegelan,ponorogo.
Ada kalangan wak jawa yang tebal bahasa jawanya telah menjadi kebiasaan menyebut konsonan yang berbunyi dari huruf Z menjadi J.Contoh: Zainal jadi Jainal/Jenal, Zakaria jadi Jakaria,Zainuddin jadi Jainuddin.Hilang jadi ilang,Hisap jadi isap
Dialog2 yang biasa diucapkan bila berjumpa dengan orang jawa seperti “Kabare wak”(apa khabar wak)jawapannya “Waras”(Sihat).”Wes mangan?”(sudah makan?)Wes ngombe?(sudah minum).Air – banyu,berair- mbanyu.Ada istilah melayu jika ditukar kepada jawa menjadi makna yang kurang elok.Contoh: Tempik dalam bahasa melayu yang sama erti ialah jerit atau pekik.Tapi dalam bahasa jawa bererti Cipap.Tempik mbanyu – cipap berair.Samalah juga istilah melayu ‘kopek’ sama erti dengan buka,kupas tapi kalau orang Perak sebut bererti ‘tetek’. ‘Kopek besor’- ‘tetek besar’.
Ada sekali tu di tempat kerja,teman berhajat nak dapatkan sedikit air untuk cuci sikit kasut teman yang terkena lumpur tu.Teman nampak ada beberapa orang makcik jawa sedang mencuci peralatan memasak kopi di bilik air.Teman bercadang nak cakap jawa dengan makcik jawa tu tapi tak tau pulak macammana nak sebut “mintak air makcik” dalam bahasa jawa.Maka teman pun berjumpalah dengan seorang Wak yang bekerja di situ untuk translate ke dalam bahasa jawa.Wak pun kata “mintak air “dalam bahasa jawa ialah “Jalok ambong”.
Dengan berbekalkan keyakinan teman pun terus ke tempat makcik2 jawa yang sedang mencuci peralatan.Dan teman pun berkatalah kepada makcik2 jawa itu “ Jalok ambong sitit makcik”.Apabila didengar oleh makcik2 jawa tu,maka dihamputnya dan marah marah dengan teman.Apalagi teman pun cabut lari tak tau apa pasal.Di suatu sudut teman terpandang wak yang bagi translation itu asyik ketawa terbahak bahak.Teman hairan juga.Lantas teman pun tanya kenapa tapi dia tak jawab.Oleh kerana tak puas hati teman pergi tanya dengan kawan teman yang jawa.Dia kata “Jalok ambong “ dalam bahasa melayu ialah “mintak cium”.Apalagi teman dan kawan teman pun ketawa terbahak bahak.Ini sah dah terkena ni….
Setiap kali pergi bertugas di pusat2 belian terpaksalah teman naik lori FAMA ramai2.Kalau nasib baik bolehlah duduk depan driver tapi tak ada air cond lah.Kalau tidak kenalah duduk ramai2 di belakang lori.Maklumlah baru dapat kerja tak mampu lagi nak beli kenderaan sendiri.Sebaik saja sampai di pusat belian berpuluh puluh guni berisi buah kopi petani sedia menunggu untuk dijual dan angkut ke dalam lori.Setelah siap urusan pembayaran dengan petani,buah2 kopi itu diangkut masuk ke dalam lori.Setiap guni buah kopi beratnya antara 50kg – 120kg.Nak harapkan buruh am angkat kesemuanya masuk ke dalam lori adalah mustahil.Tak kan kita hanya melihat saja tanpa tolong.Bila difikirkan semangat kerja sepasukan maka terpaksalah kita sama sama tolong angkat masuk ke dalam lori. Lagi pun 2 org buruh memang tak larat nak angkat guni seberat 120kg.
Di waktu bermusim ini buah kopi dibeli hampir mencecah 10mt bagi setiap pusat belian.Kami yang membuat belian dari waktu tengahhari,kadang kadang terpaksa bekerja hingga larut malam,manakan tidak buah kopi yang telah dibeli dan tersusun di pusat belian harus dijaga sehingga trip mengangkut oleh lori FAMA selesai.Jika tidak dijaga kemungkinan buah kopi yang berton ton itu akan hilang.Siapa yang nak bayar harga kehilangan itu? Kamilah yang bertanggung jawab atas kehilangan itu.
Maka tak hairanlah kami terpaksa berjaga di malam hari dan tertidur atas guni kopi dah menjadi kebiasaan bagi kami,apatah lagi di pusat belian yang terletak berhampiran ladang kelapa sawit,jauh dari kampong,gelap gelita,hanya bertemankan cengkerik.

First time kerja-Bhg.3
Tuan tuan nak tahu apa sebab kopi yang kita minum setiap hari berwarna hitam pekat.
Sebenarnya warna asal kopi bukanlah hitam.Buah kopi yang dipetik dari kebun dibawa ke kilang dan diproses dengan memisahkan kulit dengan bijinya dan dijemur selama seminggu menghasilkan biji kopi yang bermutu tinggi berwarna coklat.Di kilang ada seorang juru masak cina yang menentukan ramuan2 untuk dijadikan kopi.Ramuannya ialah biji kopi,margerin,teregu,gula dan garam mengikut sukatan tertentu digoreng selama setengah jam sehingga adunan tersebut menjadi keras.Setelah disejukkan,ketulan2 yang keras tadi dimasukan ke dalam mesin pengisar hingga akhirnya menjadi serbuk kopi.Yang membuatkan kopi itu menjadi hitam adalah disebabkan ianya digoreng dengan gula.Teman perhatikan ada di antara pekerja yang bekerja di bahagian memasak kopi,rambut di kepalanya makin gugur.Mungkin wap kopi yang digoreng itu jatuh ke atas kepala deme jika tak pakai penutup kepala.