Friday, May 14, 2010

First time kerja - Bhg.2









First time kerja Bhg.2
Sebaik tiba tempat yang nak ditugaskan,teman pun terperanjatlah kerana tempat yang nak memulakan tugas itu sebenarnya tempat memproses kopi atau kilang kopi FAMA.Terdapat bertan tan kopi di keliling
kilang tersebut,maklumlah masa tu musim kopi sedang bermula.Bilangan pekerja yang seramai 100 orang itu terdiri dari penduduk tempatan dan sekali lagi teman terkejut kerana loghat yang dipertuturkan oleh mereka memang tak pernah teman dengar! Iaitu loghat Jawa.Sepatah haram pun teman nak faham.Nasib baik boss tempat teman lapor diri tu bukanlah orang jawa,maka senanglah sikit teman nak berhubung dengan beliau.
Teman dimaklumkan bahawa tugas tugas di tempat tersebut akan berlangsung selama 6 bulan lebih.Ini bermakna teman akan memperolehi elaun outstation sebanyak 6 bulan yang dianggarkan bernilai RM7000 lebih yang bakal teman terima nanti.Cukuplah buat bayar downpayment kereta Toyota LE yang baru.Tugas yang nak teman buat hanyalah membuat belian buah kopi di pusat pusat belian yang diwujudkan di kampung2 sekitar Kuala Langat dan Sepang.Untuk membuat belian kopi di pusat2 tersebut diwujudkan beberapa team yang terdiri dari pegawai,buruh am dan driver lori.Ketika itu kenderaan sendiri tiada untuk pergi ke pusat2 tersebut,maka terpaksalah menumpang dengan lori FAMA.

Pada hari itu juga teman terpaksalah cari rumah sewa untuk tinggal dan Alhamdulillah dapatlah teman berkongsi dengan 3 orang rakan sejawat di rumah yang terletak di kampong yang berdekatan dengan tempat kerja dengan bayaran RM100 sebulan.Rumah sewa hanyalah rumah papan bertiang berkembar dua.Di situ terdapat 3 unit rumah berkembar dibina atas ½ ekar tanah termasuk sebuah rumah empunya rumah sewa.Ada 4 penyewa berkeluarga dan 2 penyewa bujang.Bagus juga tinggal berdekatan dengan tuan rumah sebab apa apa masalah rumah bolehlah dirujuk segera dan dapat perhatian segera.Masa itu apa benda barang untuk makan pun tak ada.Kalau nak makan terpaksalah kirimkan dengan kawan yang ada motosikal.Menu makan setiap malam hanyalah nasi bungkus dan air sirap sahaja.Di waktu siang bolehlah makan di warung2 yang berhampiran dengan pusat belian.
Selang beberapa hari wang poket yang dibawa dari kampong mulai surut.Teman terfikir nak pinjam duit dari kawan kawan lain namun deme pun macam teman juga,tak berduit.Entah macam mana terfikir nak balik kampong selepas waktu kerja kot kot dapat pinjam duit dari orang tua teman sementara menunggu gaji.Tanpa beritahu boss teman pun nekad untuk balik ke kampong pada malam itu juga.
Habis kerja jam 5 petang,terus teman naik bas pergi Pudu Raya untuk cari bas balik kampong.Teman pun tak ingat bila dan jam berapa pada masa itu teman terserempak dengan Aznin kita tu le duk merayau rayau dekat PuduRaya.Teman pun tegur dan mengajak makan mee goreng di PuduRaya.Sambil berlabon Lagu Hingga Akhir Nanti nyanyian Alleycats asyik berkumandang saja di PuduRaya.Bas pun bertolak jam 9 malam.Sampai di kampong pukul 3 pagi dan ketika itulah kedua orang tua teman sedang asyik dibuai mimpi,teman pun launglah.Apalagi terperanjatlah deme melihatkan teman dah berada di halaman rumah.
Dipendekkan cerita esoknya bapa teman pun keluarkan duit untuk teman menyambung hidup di pekan Banting.Pada malam itu juga teman berangkat balik ke Banting dengan menaiki keretapi menghala ke KL dan seterusnya ke Banting.Dalam perjalanan kadang2 terfikir juga nak mintak tukar balik Kuala.Aah! biarlah dulu cari pengalaman di tempat orang.
Kerja di Banting ni rasanya tak lah susah sangat,Cuma beli buah kopi dari orang kampong yang berpuluh puluh guni itu dan dibawa ke Kilang Memproses Kopi.Banyak benda2 baru yang dapat teman belajar umpamanya jenis2 kopi yang kita minum setiap hari terdiri daripada jenis Librica,Robusta dan Arabica.



No comments:

Post a Comment