Monday, May 17, 2010

First time kerja-Jalok Ambong
Salah satu benda yang harus teman belajar ialah bahasa jawa.Adalah sikit bahasa2 jawa yang teman belajar dulu tapi sekarang banyak dah lupa.Bila berada bersama orang orang jawa ini,kalau tak tahu maknanya mati kayulah jadinya teman.Ada beberapa sebutan bahasanya,suaranya di kerongkong macam cerita P.Ramlee dalam Pendekar Bujang Lapok. Sebutan “Bonggo” oleh Pendekar Mustar.”Bukan di sini…,sini.sambil menunjuk ke kerongkong “Bonggo.”Beberapa istilah jawa berbeza di antara satu tempat dengan lain kerana istilah2nya berbeza mengikut kumpulan jawa seperti jawa pegelan,ponorogo.
Ada kalangan wak jawa yang tebal bahasa jawanya telah menjadi kebiasaan menyebut konsonan yang berbunyi dari huruf Z menjadi J.Contoh: Zainal jadi Jainal/Jenal, Zakaria jadi Jakaria,Zainuddin jadi Jainuddin.Hilang jadi ilang,Hisap jadi isap
Dialog2 yang biasa diucapkan bila berjumpa dengan orang jawa seperti “Kabare wak”(apa khabar wak)jawapannya “Waras”(Sihat).”Wes mangan?”(sudah makan?)Wes ngombe?(sudah minum).Air – banyu,berair- mbanyu.Ada istilah melayu jika ditukar kepada jawa menjadi makna yang kurang elok.Contoh: Tempik dalam bahasa melayu yang sama erti ialah jerit atau pekik.Tapi dalam bahasa jawa bererti Cipap.Tempik mbanyu – cipap berair.Samalah juga istilah melayu ‘kopek’ sama erti dengan buka,kupas tapi kalau orang Perak sebut bererti ‘tetek’. ‘Kopek besor’- ‘tetek besar’.
Ada sekali tu di tempat kerja,teman berhajat nak dapatkan sedikit air untuk cuci sikit kasut teman yang terkena lumpur tu.Teman nampak ada beberapa orang makcik jawa sedang mencuci peralatan memasak kopi di bilik air.Teman bercadang nak cakap jawa dengan makcik jawa tu tapi tak tau pulak macammana nak sebut “mintak air makcik” dalam bahasa jawa.Maka teman pun berjumpalah dengan seorang Wak yang bekerja di situ untuk translate ke dalam bahasa jawa.Wak pun kata “mintak air “dalam bahasa jawa ialah “Jalok ambong”.
Dengan berbekalkan keyakinan teman pun terus ke tempat makcik2 jawa yang sedang mencuci peralatan.Dan teman pun berkatalah kepada makcik2 jawa itu “ Jalok ambong sitit makcik”.Apabila didengar oleh makcik2 jawa tu,maka dihamputnya dan marah marah dengan teman.Apalagi teman pun cabut lari tak tau apa pasal.Di suatu sudut teman terpandang wak yang bagi translation itu asyik ketawa terbahak bahak.Teman hairan juga.Lantas teman pun tanya kenapa tapi dia tak jawab.Oleh kerana tak puas hati teman pergi tanya dengan kawan teman yang jawa.Dia kata “Jalok ambong “ dalam bahasa melayu ialah “mintak cium”.Apalagi teman dan kawan teman pun ketawa terbahak bahak.Ini sah dah terkena ni….
Setiap kali pergi bertugas di pusat2 belian terpaksalah teman naik lori FAMA ramai2.Kalau nasib baik bolehlah duduk depan driver tapi tak ada air cond lah.Kalau tidak kenalah duduk ramai2 di belakang lori.Maklumlah baru dapat kerja tak mampu lagi nak beli kenderaan sendiri.Sebaik saja sampai di pusat belian berpuluh puluh guni berisi buah kopi petani sedia menunggu untuk dijual dan angkut ke dalam lori.Setelah siap urusan pembayaran dengan petani,buah2 kopi itu diangkut masuk ke dalam lori.Setiap guni buah kopi beratnya antara 50kg – 120kg.Nak harapkan buruh am angkat kesemuanya masuk ke dalam lori adalah mustahil.Tak kan kita hanya melihat saja tanpa tolong.Bila difikirkan semangat kerja sepasukan maka terpaksalah kita sama sama tolong angkat masuk ke dalam lori. Lagi pun 2 org buruh memang tak larat nak angkat guni seberat 120kg.
Di waktu bermusim ini buah kopi dibeli hampir mencecah 10mt bagi setiap pusat belian.Kami yang membuat belian dari waktu tengahhari,kadang kadang terpaksa bekerja hingga larut malam,manakan tidak buah kopi yang telah dibeli dan tersusun di pusat belian harus dijaga sehingga trip mengangkut oleh lori FAMA selesai.Jika tidak dijaga kemungkinan buah kopi yang berton ton itu akan hilang.Siapa yang nak bayar harga kehilangan itu? Kamilah yang bertanggung jawab atas kehilangan itu.
Maka tak hairanlah kami terpaksa berjaga di malam hari dan tertidur atas guni kopi dah menjadi kebiasaan bagi kami,apatah lagi di pusat belian yang terletak berhampiran ladang kelapa sawit,jauh dari kampong,gelap gelita,hanya bertemankan cengkerik.

3 comments:

  1. Miker kenei ke Mohd. Anzara keroje kat FAMA tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah dah lama tak update blog ini. Tak tahu apa cerita.
      Mohd.Anzara yg mana satu ya..?

      Delete