Nostalgia merupakan kisah kisah silam yang berlaku lebih 30 tahun yang lalu.Menjalani liku liku hidup mencari sesuap nasi untuk kebahgiaan di masa hadapan yang serba kekurangan tanpa handphone,computer,internet dan apa sahaja peralatan canggih adalah suatu cabaran bagi sesiapa yang telah mengalaminya.
Thursday, May 13, 2010
First time kerja
First time kerja
Masa muda belia dulu,mula mula dapat kerja lapor diri di FAMA Shah Alam dan terus buat outstation di Banting Kuala Langat.Mula mula rasa berat nak pergi,maklumlah dah biasa duduk di Kampung dengan macam macam kemudahan yang ada.Bila dapat tahu elaun outstation boleh menjangkau RM1500 tak termasuk gaji ,teman pun rasa seronok juga nak pergi.Bolehlah juga kumpul duit buat belanja kahwin di masa akan datang.
Hari pertama nak pergi tu,mana ada kenderaan sendiri.Jadi terpaksalah segala segalanya pergi dengan bas ataupun kereta jabatan.Dengan berbekalkan duit RM100 dan kain baju cuma bawa ala kadar aja tanpa duit gaji,maklumlah first time kerja.Dalam kepala terfikir dengan duit RM100 itu boleh hidup ke di perantauan.Semuanya itu teman pasrah aja.
Nak pergi pekan Banting ni kenalah naik bas MARA dari Shah Alam dengan tambang cuma RM1.30sehala.Naik bas bukan macam bas sekarang, dulu punya bas mana ada air cond,bukak tingkap besar besar,biar banyak angin masuk.Dalam kepala terfikir macammana ropa pekan Banting tu yang tak pernah teman jejak kaki.Dalam perjalanan dari Kelang ke Banting dapat menyaksikan suasana kiri kanan jalan dipenuhi dengan ladang kelapa sawit,getah dan kelapa. Sampai saja pekan Banting terpaksa naik satu bas lagi(bas MARA) menghala ke Tg. Sepat.Tg Sepat bukanlah destinasi teman.Teman kena turun di pejabat FAMA yang terletak di Kampung Kanchong Darat yang jaraknya lebih kurang 5km dari pekan Banting.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment