Monday, May 17, 2010



First time kerja-Lori Mayat
Sebaik mata dibuka pandangan agak kabur sedikit dan dari jauh teman perhati orang berpakaian putih bercakap cakap sesama sendiri.Kemudian seorang lelaki berbaju putih menghampiri teman lalu membelek belek badan teman.Diterbalikkan badan teman dan dia pun membelek belek sesuatu.Katanya,’Awak boleh balik.Ok OK,awak boleh balik’.Teman rasa hairan mengapa orang itu menyuruh teman balik.Teman cuba mengingati sesuatu .
Barulah teman teringat bahawa ada seorang driver yang dipinjamkan dari FAMA Kelantan untuk bertugas di Kilang ini bernama Rashid.Rashid ni memang terkenal dengan cara dia memandu lori dengan agak laju.Pantang nampak selekoh tajam terus lipat lebih2 lagi kalau lori tu tanpa muatan.Satu lagi perangai Rashid ni,pantang dicabar,kalau dicabar suruh bawa lori laju laju,dia akan buat.Bila lori tu sudah laju,budak2 buruh yang ikut lori akan memuji kehebatan Rashid.”Laju lagi bang!,potong bang,potong bang!” Haah! Lipat bang! Lipat bang!”Jerit budak2 buruh yang ikut lori Rashid.
Suatu hari,seperti biasa team teman akan membuat belian buah kopi di Kg Bkt. Bangkong,Sg.Pelek.Satu team yang lain ikut serta tetapi berlainan tempat.Team teman termasuk 2 org kerani sementara,2 org buruh.Oleh kerana ada 2 team ikut sekali,maka kami terpaksalah naik lori mayat yang dipandu oleh Rashid kerana lori yang besar boleh memuatkan ramai penumpang dan buah kopi.
Pagi itu,dari jauh kelihatan Rashid sibuk memeriksa keadaan lori mayat,mula mula periksa minyak hitam,air dan tayar.Bila semuanya sudah OK,Rashid pun naik dalam lori dan mula menghidupkan enjin lori.Sesekali Rashid ramp enjin mengakibatkan asap hitam keluar dengan banyaknya.Bunyinya yang agak bingit tu membuat semua pekerja kilang yang berada di luar mengalih pandangan ke arah lori mayat itu.Rashid membiarkan enjin itu hidup buat seketika untuk mendapatkan penalaan yang optimum.
Dalam pejabat beberapa orang pegawai termasuk teman sibuk menyiapkan dokumen2 kewangan seperti invois belian,nota timbangan,buku belian dan sejumlah wang tunai sebanyak RM10,000 untuk belian tunai semasa di pusat belian itu nanti.Dengan wang RM10,000 itu cukup bagi membeli lebih kurang 25mt buah kopi.Wang yang dibawa ketika itu tiada perlindungan insurans dan kawalan keselamatan.Andaikata ada team kena samun,tak tahu lah macam mana nak buat.Kira nasib je la.Selama yang teman kerja belum pernah berlaku perkara yang buruk.
Jam 10.00pg.kedua dua team seramai 10 orang itu yang sudah siap dengan peralatan untuk buat belian mencari tempat untuk naik ke atas ‘lori mayat’. Seorang pegawai(Nasharuddin)duduk di hadapan sebelah driver,manakala selebihnya kenalah duduk di belakang lori.Masing2 ada yang berdiri dan ada yang duduk.Rashid yang sejak awal lagi sudah bersedia untuk berlepas ke destinasi mula masuk gear dan terus meredah jalan menghala ke Kg Bkt Bangkong yang jauhnya kira2 45km.Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 50minit ini agak menjemukan memungkin kami untuk tidur dalam lori dengan beralaskan guni kosong.Hanya 4 orang buruh sahaja yang tidak tidur.Rashid terus memecut lori.Jalan yang lurus menyusuri pantai lagi memudahkan Rashid untuk memecut lebih laju lagi.Rasa rasanya meter sudah mencecah 70mph.Sesekali Rashid menoleh ke belakang melalui tingkap kecil di belakangnya.Setiap kali Rashid menoleh ke belakang budak2 buruh yang berumur awal 20an itu membalas dengan menunjukkan ibu jari ‘very good’.Apalagi Si Rashid terus memecut lagi laju,maklumlah lori kosong sememangnya boleh lari lagi laju.
Teman yang sejak tadi terbaring dalam lori bukanlah dapat tidur nyenyak,cuma dapat lelapkan mata barang 4- 5minit saja.Mata masih pejam lagi ,dalam kepala masih terawang awang mengingati sesuatu,tak terfikir langsung apa akan terjadi selepas ini.Dah hampir setengah jam Rashid meredah jalan dan sudah melepasi Batu Laut dan Tg Sepat.Dalam masa 15minit saja lagi sampailah ke destinasi.
Dalam masa mata terkebil kebil,tak tahu di kawasan mana lori sudah berada,tiba tiba GEDEGANG! GEDEGANG! GEDEGANG! BEDEBUSSH! Senyap seketika…………..
Rupa rupanya lori yang teman naik tadi terbabas! Sebelum terbabas,ada saksi yang melihat,lori itu terbalik dan berpusing sebanyak 3 kali.Yang peliknya kesemua yang menaiki lori tersebut didapati selamat kecuali seorang kerani (Suroso) terpaksa ditahan di wad hospital Banting kerana ada masalah dada yang sakit akibat kena hentakan yang kuat semasa kemalangan.Beliau akhirnya keluar dari hospital setelah dirawat selama seminggu. Teman pun rasa bersyukur teramat sangat kerana terselamat dari bencana itu.Kawan kawan dan pekerja pekerja lain berasa kagum melihatkan kami terselamat dan tidak mengalami kecederaan yang serius.Dan juga bersyukur kerana wang belian yang kami bawa bernilai RM20,000 telah selamat dibawa balik ke pejabat pada hari kejadian.
Esok pagi sosek sosek kedengaran di Kilang.,’Hah itulah korang! Korang suka gelarkan lori tu ‘lori mayat’,’Tengok,sekarang apa dah jadi,nasib baik semua selamat,kalau tidak ..’
Sebelum kejadian malang ini berlaku, di Kilang Memproses Kopi ini terdapat 3 buah lori,2 lori muatan 1 ton jenis Daihatsu dan 1 lori muatan 3 ton jenis Leyland(lori omputih).Lori Leyland ni kalau duduk depan memang panas sebab enjinnya berada betul2 di tengah antara tempat duduk penumpang dan pemandu.Dahlah tiada air cond masa tu,rupanya nampak hodoh sikit seakan akan kereta jenazah cina. Jadi budak budak Kilang gelarkan “Lori Mayat”.Maka senanglah sikit bila masa nak keluar buat belian akan keluar pertanyaan”Naik lori mana?”jawabnya,”Lori mayat,lori mayat.”

2 comments:

  1. suka dgr cerita org2 lama. nasharuddin tu nasharudin sarip ka? mmg otai btl rashid tu. ada lg ke dia kata fama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana melawat blog saya. jika anda ada cerita2 nostalgia bolehlah kongsi bersama dalam blog saya.

      Delete